wajarkah guru merotan pelajar..??


Pada era ini, amalan merotan tidak lagi dipraktikkan di institusi-institusi pengajian. Pada halaman 1344, kamus dewan edisi keempat,merotan membawa maksud memukul atau menyebat dengan rotan sebagai satu hukuman terhadap pesalah. Antara kesalahan yang boleh disabitkan dengan hukuman merotan di sekolah ialah ponteng sekolah, membuli, melawan guru, samseng sekolah dan lain-lain lagi. Hukuman merotan dapat membantu para guru dalam menyelesaikan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Namun begitu hukuman ini mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri.

Antara kebaikan merotan ialah dapat memperbaiki akhlak para pelajar yang bermasalah. Hukuman merotan tidaklah dilaksanakan sekiranya pelajar itu malakukan kesalahan pertama tetapi pelajar tersebut diberi amaran terlebih dahulu. Hukuman ini dijalankan sekiranya pelajar tersebut tidak mengendahkan amaran pertama dan amaran kedua. Pesalah yng tidak menghiraukan teguran oleh guru disiplin ibarat ‘mencurah air ke daun keladi’. Individu yang menerima hukuman ini dapat membentuk disiplin diri. Mereka juga dapat mengambil iktibar dari hukuman yang diterima. Oleh itu, jelaslah di sini merotan dapat memperbaiki akhlak para pelajar disamping memberi satu pengajaran yang dapat diterap dalam diri setiap pesalah.

Selain itu, merotan dapat melahirkan pelajar yang berkualiti dari segi akademik dan sahsiah. Hal ini kerana para pelajar tidak lagi berani mengulangi kesalahan yang dilakukan. Seterusnya, para pelajar juga akn lebih serius dan komited dalam menuntut ilmu pengetahuan. Negara memerlukan pemangkin masa hadapan yang telus dan berwibawa. Oleh yang demikian negara dapat melahirkan pemimpin yang berkualiti dan berfikiran rasional untuk membangunkan negara kita, Malaysia. Justeru itu, adalah baiknya kita mengubah setiap individu sebelum mereka merubah sesuatu yang tidak terlintas di fikiran.

Seterusnya, hukuman yang dikenakan juda dapat mempertingkatkan jati diri para pelajar. Pelajar yang dijatuhkan hukuman dapat berubah dan dapat mendisiplinkan dirinya dalam pelbagai aspek. Contohnya, apabila individu itu telah menamatkan pengajiannya,dia dapat mempraktikkan disiplin dalam institusi pekerjaan, cara berkomunikasi dan dapat menentukan corak kehidupan pada masa hadapan. Generasi masa kini adalah pemimpin masa hadapan. Oleh yang demikian, kita perlulah bersama-sama memainkan peranan dalam membentuk jati diri para pelajar, bak kata pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Terdapat pelbagai keburukan bagi hukuman merotan ini. Antara keburukan merotan ialah menimbulkan perasaan ketidak puasan hati dalam diri setiap individu terbabit. Hal ini para pesalah akan memikirkan cara untuk memuaskan hati mereka dengan mengadu domba hal ini kepada orang yang terdekat. Pada kebiasaannya, individu terbabit akan meluahkan ketidak puasan dengan tindakan guru terhadap ibu bapa bagi mendapatkan pembelaan. Tidak ada ibu bapa yang sanggup melihat kekecewaan yang ditanggung oleh anak-anak mereka akibat dari hukuman tersebut. Malah ibu bapa akan menyalahkan pihak yang telah menjatuhkan hukuman terhadap anak emas mereka. Hal ini dapat menjejaskan hubungan silaturahim antara guru dan ibu bapa. Malah mereka sering bermusuhan. Jelaslah di sini bahawa salah satu keburukan yang dapat menimbulkan rasa ketidak puasan hati palajar apabila menerima hukuman.

Selain itu, keburukan daripada merotan ialah para pelajar tersebut akan berasa bosan seandainya guru yang merotannya mengajar di dalam kelas. Sikap tidak bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu juga akan wujud dalam diri pelajar tersebut. Pelajar tersebut tidak akn menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru yang merotannya. Contohnya, pelajar-pelajar tidak akn membantu guru yang meminta pertolongan. Sikap suka memberontak dalam kalangan pelajar akan wujud secara semulajadi.

Tuntasnya, merotan dapat mendisiplinkan para pelajar. Semua pihak harus bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menjadikan para remaja berjaya pada masa hadapan dan bakal mentadbir negara yang kita cintai ini. Setiap yang berlaku ada hikmahnya tersendiri,jadi janganlah kita menuding jari kepada satu pihak sahaja. Sebagai rakyat Malaysia yang telah mengecapi kemerdekaan selama 51 tahun, kita perlulah membentuk para pelajar agar kita dapat melahirkan masyarakat yang dikagumi pada masa hadapan. Bak kata pepatah ‘bagaimana acuan, begitulah bentuknya’.

~lilysakura92.wordpress.com~

1 komen Mac 2, 2010

Suara Hatiku


YAKINLAH KEPADA TUHAN BAHAWA

TIDAK SEMUA KITA RANCANG MENJADI KENYATAAN

KERANA ITULAH FITRAHNYA

ATAU TIBA-TIBA SAJA HALANGAN MENDATANG

KITA HARUS  PERCAYA

INI TIDAK BERMAKNA BERAKHIR SEGALANYA

DAN AKHIRNYA KITA AKAN MUNCUL DIATAS

JADI BIAR APAPUN YANG KITA LAKUKAN

JANGAN MENGALAH

KITA MESTI TERUSKAN USAHA

BIAR BAGAIMANA PUN HIDUP KITA BEREDAR

KERANA  APA YANG MENANTI KITA DIHADAPAN SANA

TIADA SIAPA YANG TAHU

KITA HARUS PERCAYA

BAHAWA YANG BAIK ITU PASTI AKAN MENANG

DAN TIDAK LAMA LAGI

ADA SEBAB UNTUK KITA BERGEMBIRA

JADI BIAR APA PUN YANG KITA LAKUKAN

JANGAN MENGALAH

ALLAH PASTI AKAN MENOLONG HAMBANYA

Add a comment Mac 2, 2010

facebook


Lily Sakura

Create your badge

Add a comment Mac 2, 2010

Laman

Kategori

Pautan

Meta

Kalendar

April 2024
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Most Recent Posts